Alhamdulillah masih ada sedikit masa untuk menaip di ruangan ini . Semua cerita di dalam ini adalah isi hati saya yang saya sorang je tahu dan sekarang saya sedang beri tahu kepada orang ramai :)

Monday, May 20, 2013

APAM ICE CREAM :) Luv it !

Hai semua . Selamat berhari Isnin . 
Cuti sebulan setengah ? Ohhh lamanya . Alangkah indah kalau dapat kerja . Ada jugak duit belanja . Ini main mintak jelah dengan orang dekat rumah nie hahh . Semenjak cuti dah dua minggu nie hari baru rasa nak update dekat blog nie hahh *Dua minggu baru ke hahh ?* Alhamdulillah masih ingat cara guna blog nie :) 
Semenjak cuti yang dah lama ini , dah cuba tiga resepi dah . Caramel , kek batik dan Apam ice cream . Actually ia semudah ABC dan 123 saja . Mana ada susah pon . Senang je . Pejam mata pon boleh buat . HAHAHA . Nampak tak betapa mudahnya semua - semua nie . 
Caramel dah buat . Tapi tak sempat nak snap gambar sekeping pon sebab baru nak snap dah habis . Aiyoooo , orang kat rumah nie makan banyak kalau nak tahu . LALALA :P Pastu kek batik pon dah buat . Alhamdulillah semuanya menjadi . Dan semalam mula mencuba buat Apam Ice Cream . Wowwww , jadi woowww . JADI aku habaq hang :D Senyum sampai kat mana pon tak tahu lah . Ini sebab buat malam so sempat lah snap gambar . Alhamdulillah . 


Ini step pertamanya . Mcm biasalah . Campuran telur , gula , tepung gandum . Pusing sampai sebati lah kiranya . Masukkan perasa . Ikutlah nak pakai perasa apa pon yang korang minat . Ovallette untuk lembutkan jangan ditinggalkan .



Bahagikan kepada beerapa yang korang nak . Pilih warna apa yang korang minat . Perasa tue kalau nak buat perasa lain - lain masa masuk pewarna nie boleh isi jugak .




Lepas tue buat paiping lah senang sikit nak masuk dalam kon kan ? Kalau tuang je takut lebih or tumpah .



Masukkan dalam kon ikut susunan warna yang dah korang buat tadi :)



Tutup dan kukus dalam 15 hingga 20 minit macam gitu je . Or sampai apam masak lah senang . Pastikan api dapur tue kecik je . Jangan melampau sangat .



Dah siap tue sejukkan dulu apam dan letakkan coklat atas dia . 



Then , letaklah hiasan ikut apa yang korang nak letak pon . Badam ke , manik ke , ape ke . Tak kisah dah yang tue . 


Taraaaaaaaaaaa . Ini Apam Ice Cream saya yang dah siap . Alhamdulillah orang di rumah semua sukakannya :) 

Selamat mencuba :) 

Dah dah . Opah panggil masak tengahari pulak . Asslamualaikum semua :) Nanti kite tulis blog lagi korang baca lagi tau . Jangan malu dah segan .
Copyright© All Rights Reserved by cintaakuadalahdia.blogspot.com