Alhamdulillah masih ada sedikit masa untuk menaip di ruangan ini . Semua cerita di dalam ini adalah isi hati saya yang saya sorang je tahu dan sekarang saya sedang beri tahu kepada orang ramai :)

Monday, December 31, 2012

Pernikahan Deqna dan Iqram :)

Hye :)
Lepas habis je Latihan Industri terus malam tue balik ke Kuantan . Ohhh , penat tidak terhinggalah kalau nak tahu . Ya Allah , esoknya pulak ada jemputan Majlis Akad Nikah . Ohhh , penat tak hilang lagi . Tapi apa apa pon kena pergi jugak sebab majlis solemnization adik Afiq . Afiq kan Abang . So die nak saya ada sama :) Okey . Pepagi lagi die dah call suruh siap - siap nak ambik ! Ya ampun ! Baru bangun tidur nie . Baju , tudung semua entah duduk kat mana - mana entah ! Aduhai --' Dah lah pukul 8.30 PAGI dah nak ambik ! Ayoyoyo , manyak penat sehhhh . Mujur memikirkan dia BUAH HATI saya . 
Saya nie takdelah terfikir sape lagi yang ambik saya ! Hambek nokkk ! Sampai dua buah kereta mari ambik saya . Ohhhh , MALUNYA usah kabor lah ! Bapok malunya . This my first time jumpa dengan family dia . Alhamdulillah semuanya okey . Sebelum naik kereta Iman dan Tasya (adik Afiq bongsu) datang salam . Masa naik kereta , naik kereta dengan Mama Afiq dan Iman (adik Afiq second last) . Naik kereta dah lah asing . Debo molek sero :P Tapi before naik kereta tue nampak Pakcik Leman (ayah Afiq) senyum , saya rasa sedaplah sikit . 
Fuhhhh , sepanjang perjalanan without speaking . Hanya Iman dan Makcik je yang bercakap . Saya macam batu ke tunggul ke pon tak tahu lah masa tue . Makcik tanya sepatah , saya jawab sepatah . Ohhhh , question dari Makcik yang tak boleh saya lupa sampai hari nie "MACAM MANA KENAL DENGAN AFIQ ?" Ohhhhhh my God ! Nak jawab ape nie hahhh ? Matilah kalau cerita yang sebetulnya ! Pastu banyak lagi question yang menyusul . Dah berapa lama kenal lah . Bagai lah lagi . Muka tak tahu lah masa tue pucat tera mana dah !
Okeyy ! Sampai depan rumah --' Satu lagi perasaan yang sangat tidak enak datang ! Ohhhh , sakitnya hati . Although tak ramai yang ada kat rumah dia tue , saya tetap dengan sifat saya yang pemalu nie haahhh ! Utih (Adik Afiq no 4) datang salam . Senyum - senyum . Sipu - sipu malu tue tak payah cakap lah ! Ikut Makcik masuk rumah lepas tue pergi salam dengan Nenek , Mak lang dan Mak usu die . Dieorg semua tengah sibuk buat persiapan untuk Deqna . Masa nie Deqna tengah makeup lagi . 
Saya pon dengan rasa cekal hati duduk di ruang tamu depan nenek ! Okeyyy , sekali Deqna keluar ! Dengan tak semena - mena , dia cakap "Awek Afiq?" dan terus dia salam . Cium tangan okeyy ! Akak lah katakan . Dalam pukul 10lebih kami ke masjid untuk majlis dieorang tue hahhhh . Masjid Tanjung Api yang aku tak pernah pon pergi tue hahh . Cantik masjid tue :) Ada air - cond lagi . 
Tema masa tue carca merba , tapi saya dengan Afiq matched dengan Ayah dan Mama dia . Hijau je kami berempat :) Semua dah sampai dah majlis bermula . Scroll ke bawah untuk menyaksikan gambar di majlis tersebut :P
- Dengan Adik - adik Afiq -

- Bergambar saja -
- Dengan Utih -

- Kakak Pengantin kononnya -

- Masa bersama tok Kadi -

- Lafaz Nikah -


- Alhamdulillah selesai -


- Sesi membatal air Sembahyang -

- Deqna -

- Sarung cincin dari ibu pengantin lelaki -

- Deqna dan mama -

- Deqna -

- Dengan Utih lagi :) -

- Bila pulak saya nak dapat macam nie kan ? -

Friday, December 7, 2012

HADIAH untuk mereka :)

Hey korang 
Dah berhabuk dah blog nie hahhh . Dah lama tak sapu kat sini . Actually bukan sebab apa . Cuma busy sikit siapkan final report yang ohhhh sangat pening nak buatnya . Hurmmmm , post kali nie just nak bagitahu yang LATIHAN INDUSTRI dah habis ! Yeahhhhh ! Seronoknya :)
Sebelum balik ke tempat asal semula , saya ada sikit cenderahati untuk kakak - kakak kat MNZ Consulting nie yang dah banyak bagi tunjuk ajar kat saya selama lima bulan lebih saya di sini . Alhamdulillah :) Selesai jugak praktikal saya kat sini . 
Benda tak mahal pon lah . Apa yang penting ini tanda terima kasih saya kat kakak - kakak nie semua . Inilah  yang boleh Eija sediakan . Ini gambar masa proses membalut hadiah :P
- Sangat simple -

- Tengok ! Simple je kan ? -

- Kuning  , biru dan hijau -
Itu hadiah untuk akak - akak akaun . Then saya ada sediakan beberapa kat kad buat dieorang semua . Bukanlah untuk semua staff tapi just untuk yang paling saya rapat je . Sorry tau yang lain . Inilah kad tue . Sorry , saya tak kreatif macam anda semua :')
- Btw , sorry kad nie terlalu colourful -

- Sampul surat untuk meletakkan kad tersebut -

- Empat jenis kad yang berbeza -

Korang : kalau korang baca post nie Eija nak korang tahu yang Eija sangat hargai ilmu yang korang share , bagi dan semualah . Alhamdulillah Eija dah lebih faham berbanding masa belajar dulu . Terima kasih jugak sebab banyak beri peluang kat Eija untuk belajar benda - benda baru :)

Hopefully korang akan sentiasa berjaya dan terus berjaya :) 

Untuk kak Wanie : Tahniah sebab dah nak bertunang . Semoga kak Wanie dan pasangan peroleh kebahagiaan dan berbahagia kekal hingga akhir hayat . In Shaa Allah . Nanti kawen jemput Eija :P

- Kad Pertunangan Kak Wanie dan pasangan -

Monday, November 26, 2012

Kejohanan Boling MATA 2012

Hey korang 
Hahhh , nak sambung cerita pasal Kejohanan Boling  Mata 2012 hari tue . Nie dah ada sambungan dia . Ehhh , post yang mana ? Alah , ada post yang hari tue hahh . Ada ! Yang nie hahh . Sebelum korang baca yang post kali nie , baca lah dulu yang lepas . 

Okey ! Berbalik kepada MATA :) Hari tue belum dapat penjelasan lagi kan ? And now I have answered of that word . MATA are Malaysian Association of Taxation Accountants . Dalam bahasa melayunya adalah Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia . Inilah nama penuhnya . Dah dapat jawapan kan ? Okey . 
Post untuk ini nak tahu tak sebab apa ? Sebab nak tunjuk gambar lagi je :) Gambar masa main boling kat sana tue lahh hahh ! Woowww seronok ehhh . Bergambar saja . Takde benda lain dah nak buat tahu . So kami bergambar jelah . Banyak gambar tapi nie je yang mampu tunjuk :D
- All Trainee MNZ Consulting Sdn Bhd -

- KAMI lagi -

- Staff MNZ Consulting -

- Pasukan B -
* My aunty tue *

- Pasukan Sorak -

- Pasukan sorak bila suara dah hilang -

- Penyeri Majlis -
* Qiqi yang comel dan pandai menari *

- Sheeee cutessss -

- Our PRINCIPLE -

- Abang Razif dapat hadiah -

- Kak Wanie ambik hadiah company -

- With a big handbag - 
* nampak sangat gagah kan ? *

Sunday, November 25, 2012

Saya dah bertunang :)

Hey korang 

Untuk title di atas . Mesti terkejutkan ? Takde angin takde ribut . Tetibe je dah bertunang . Ohhhh , sungguh tak menyangka kan ? Dah bertunang saya rupanya . Alhamdulillah . Saya dah jadi milik awak dah biey wehhh :) Seronok lah . Ini disebabkan dan kerana ehh Mohd Hanis Afiq bin Sulaiman nie ada menyatakan bahawasanya di ingin bertunang dengan saya . In Shaa Allah tak lama lagi . Mudah - mudahan semua berjalan dengan lancar :) 

Bertambah seronok lagi bila hari nie on facebook tengok pasal banyak sangat post mengenai BERTUNANG ITU MUDAH :) Wahhhh , mudah setara mana kan ? Macam rumit jugak actually nak bertunang  ini . Ada yang sampai buat majlis besar - besaran lagi kan ? Mudah ke macam tue ?
Sebenarnya bukan macam tue . Nak tahu jom tengok gambar kat bawah nie . Inilah yang dikatakan BERTUNANG ITU MUDAH --'
- Keratan dari UAI -

Alhamdulillah . Semoga kita berkekalan hingga akhir hayat . In Shaa ALLAH . Semoga Alalh permudahkan segalanya bagi kita :) Semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga akhir hayat kita . Amin . HEY LELAKI LAIN ! Saya sudah bertunang tahu :) Bertunang dengan Mohd Hanis Afiq bin Sulaiman :D

Saturday, November 24, 2012

Kejohanan Boling MATA 2012 :)

Alhamdulillah 
Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberikan pinjaman nyawa kepada saya dan anda semua :) Ohhhh , macam nak mulakan ucapan pulak kan . Ohhh NO ! Sangat tak pandai untuk berucap okey ! Tak pandai . HAHAHA . Masa sekolah dulu pernah dua kali berucap dan dua kali je jadi MC . Semua ini dilakukan kerana terpaksa ! Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar . Kitaorg pon dapat baju baru jugak :) 

Ehhhh , menyimpang sudah dengan title post kali nie kan . Oke , btw nak cerita pasal Kejohanan Boling MATA 2012 semalam yang telah berlangsung di Ampang Superbowl Times Square . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti mana yang dikehendaki . Kejohanan kali ini telah disertai oleh 20 syarikat :) Dan syarikat di mana saya menjalani Latihan Industri adalah salah sebuah yang menyertainya . MATA ? Apa ehhh ? Dah lupa semalam Dinie bagitahu . Maaf ! Tak boleh nak perjelaskan lagi apa itu MATA .
Syarikat kami iaitu MNZ Consulting Sdn Bhd telah menghantar dua kumpulan bagi kejohanan kali ini . Alhamdulillah keputusan tidak mengecewakan . Daripada 20 syarikat yang bertanding kami telah mendapat tempat ke 9 . Syukur . Tahniah untuk semua pemain dan semua staff yang telah datang untuk support staff yang main semalam . Wahhh , perasan tak ayat nie ! PERASAN TAK ? Ayat macam ayat boss ohhh . HAHAHA . Supporter dari MNZ Consulting memang sangat ramai dan paling ramai semalam . Bangga bos dengan kami semua tau :D 
Ini baru sikit nie gambar yang ada nie . Nanti kita update lagi tau gambar yang lain . Semua gambar ada kat abang Razif dengan Encik Najib je hahhh . Nie gambar before pergi semalam . Saja je nak mengade bergambar dengan trainee lain :)
- Budak kecik baru balik sekolah tabika -

- with Adinie -

- With Adinie jugak - 
* Something special with her *

- Kami lagi -


- Adinie , Kak Faiz dan Amalina -

Untuk gambar yang lebih menarik nanti akan diupdate lagi :) Harap bersabar dan terus bersabar yea . Terima kasih .

Pulut + Durian

Hey semua :)

Hahhh , bercerita pasal benda nie kan ? Ohhhh , dah lama mengidam nak makan durian nie tau .Tapi selalu tak dapat makan bila nak :'( Telan air liur je bila tengok durian punya gambar . Sedih sangat ohh . Kalau mintak kat ibu pon mesti ibu akan cakap macam nie "masa musim durian tanak makan , bila dah takde baru nak sibuk teringin semua" . Ya Allah , sedihnya kan ? Mujur bukan pregnant tau . 

Semalam masa lunch ada orang cina nie jual durian . Wahhh , pikir nak beli tapi lepas kerja nak pergi main boling . Pastu tumpang orang lain pulak kan . So better NO NO NO dan NO :') Lepas balik dari main boling semalam , balik rumah bukak pintu dan cakap dalam hati "Wahhh , bau durian . Tapi ada ke bahagian aku nie kan ?" Mandi semua then nak tidur lah nie . Sekali Kak Ann masuk bilik then cakap "tanak makan dulu ke ? Abang Zairee ada belikan durian tadi." Woowwwww , ada durian untuk saya ! SERONOK ! 

Dengan badan yang sangat letih lepas balik tue , tengok jam dah pukul 2 pagi , jawab kat Kak Ann "Takpelah , esok Eija makan lah durian tue . Penat."

Then tadi bangun tidur mandi semua terus pergi dapur ambik pulut then makan durian . Wowwww , PUAS ! PUAS HATI SANGAT ! Kenyang durian hari nie tau ! SEDAP WOWWW ! Fuhhhh , tak tahu nak gambarkan macam mana . Makan pulut dengan durian plus air garam dengan gula ! Pergggghhhh , sedap . Style lah rasa dapat makan nie .

- Sangat super kan ? - 

Kebetulan kot sekarang harga durian sangat rendah dan sangat dan tersangat murah . This durian Abang Zairee beli dekat Selayang dan harga dia hanya  RM1 sebiji . Murahkan ? Masa takde durian kemain harga jual pakai kilo . Ini bila dah ada melimpah ruah harga macam nie lah gayanya . 

Alhamdulillah sekarang kenyang dengan makan durian sahaja . Demam nanti kalau makan banyak ? Ohhhh tak peduli sebab kepuasan hati dapat rasa bila makan durian dengan kuantiti yang banyak macam nie tahu ! 

AYUNI trending di Twitter

Hai semua orang . 

Ehhhh , apa orang kecoh - kecoh pasal Ayuni nie kan ? Ehhhh , semalam tak online pon so tak tahu lah pasal si Ayuni nie hahh . Boleh tahan ehhh budak nie ! Macam apa je kan die . Tak sedar dek untung . Dah duduk kat Malaysia tak nak mengaku pulak  . Nak moved pulak to Korea kan ? Kononnyalah kan --'

- Ini daripada penulisan Ayuni di blog dia -

Ehhhh , lepas tue nie ada bukak kat twitter hahhh . OMG ! OMG ! OMG ! Penuh kau nama dia kat twitter . Basak nak baca semua cerita dia . Now dah popular kan . Senang je nak terkenal kan . Buat gempak sikit dah boleh naik ! Popular kau dik .

- Tengok ! Nama Ayuni saja hahh kat twitter nie -

- Sekejap je dah popular -

- Best name is Ayuni rite now -

- Pandai dia angkat nama dia sendiri -

To Adik Ayuni : wish you have the best life at planet Matoki and even you don't know Malaysia pon takpe . Orang Malaysia tak akan rugi pon bila takde orang macam awak kat Malaysia nie yea adik :) Harap maklum . Pergilah duduk dekat Korea sana yang aman dan sangat sentosa nuhh okey . Byebye Ayuni :D
Copyright© All Rights Reserved by cintaakuadalahdia.blogspot.com