Alhamdulillah masih ada sedikit masa untuk menaip di ruangan ini . Semua cerita di dalam ini adalah isi hati saya yang saya sorang je tahu dan sekarang saya sedang beri tahu kepada orang ramai :)

Monday, November 26, 2012

Kejohanan Boling MATA 2012

Hey korang 
Hahhh , nak sambung cerita pasal Kejohanan Boling  Mata 2012 hari tue . Nie dah ada sambungan dia . Ehhh , post yang mana ? Alah , ada post yang hari tue hahh . Ada ! Yang nie hahh . Sebelum korang baca yang post kali nie , baca lah dulu yang lepas . 

Okey ! Berbalik kepada MATA :) Hari tue belum dapat penjelasan lagi kan ? And now I have answered of that word . MATA are Malaysian Association of Taxation Accountants . Dalam bahasa melayunya adalah Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia . Inilah nama penuhnya . Dah dapat jawapan kan ? Okey . 
Post untuk ini nak tahu tak sebab apa ? Sebab nak tunjuk gambar lagi je :) Gambar masa main boling kat sana tue lahh hahh ! Woowww seronok ehhh . Bergambar saja . Takde benda lain dah nak buat tahu . So kami bergambar jelah . Banyak gambar tapi nie je yang mampu tunjuk :D
- All Trainee MNZ Consulting Sdn Bhd -

- KAMI lagi -

- Staff MNZ Consulting -

- Pasukan B -
* My aunty tue *

- Pasukan Sorak -

- Pasukan sorak bila suara dah hilang -

- Penyeri Majlis -
* Qiqi yang comel dan pandai menari *

- Sheeee cutessss -

- Our PRINCIPLE -

- Abang Razif dapat hadiah -

- Kak Wanie ambik hadiah company -

- With a big handbag - 
* nampak sangat gagah kan ? *

Sunday, November 25, 2012

Saya dah bertunang :)

Hey korang 

Untuk title di atas . Mesti terkejutkan ? Takde angin takde ribut . Tetibe je dah bertunang . Ohhhh , sungguh tak menyangka kan ? Dah bertunang saya rupanya . Alhamdulillah . Saya dah jadi milik awak dah biey wehhh :) Seronok lah . Ini disebabkan dan kerana ehh Mohd Hanis Afiq bin Sulaiman nie ada menyatakan bahawasanya di ingin bertunang dengan saya . In Shaa Allah tak lama lagi . Mudah - mudahan semua berjalan dengan lancar :) 

Bertambah seronok lagi bila hari nie on facebook tengok pasal banyak sangat post mengenai BERTUNANG ITU MUDAH :) Wahhhh , mudah setara mana kan ? Macam rumit jugak actually nak bertunang  ini . Ada yang sampai buat majlis besar - besaran lagi kan ? Mudah ke macam tue ?
Sebenarnya bukan macam tue . Nak tahu jom tengok gambar kat bawah nie . Inilah yang dikatakan BERTUNANG ITU MUDAH --'
- Keratan dari UAI -

Alhamdulillah . Semoga kita berkekalan hingga akhir hayat . In Shaa ALLAH . Semoga Alalh permudahkan segalanya bagi kita :) Semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga akhir hayat kita . Amin . HEY LELAKI LAIN ! Saya sudah bertunang tahu :) Bertunang dengan Mohd Hanis Afiq bin Sulaiman :D

Saturday, November 24, 2012

Kejohanan Boling MATA 2012 :)

Alhamdulillah 
Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberikan pinjaman nyawa kepada saya dan anda semua :) Ohhhh , macam nak mulakan ucapan pulak kan . Ohhh NO ! Sangat tak pandai untuk berucap okey ! Tak pandai . HAHAHA . Masa sekolah dulu pernah dua kali berucap dan dua kali je jadi MC . Semua ini dilakukan kerana terpaksa ! Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar . Kitaorg pon dapat baju baru jugak :) 

Ehhhh , menyimpang sudah dengan title post kali nie kan . Oke , btw nak cerita pasal Kejohanan Boling MATA 2012 semalam yang telah berlangsung di Ampang Superbowl Times Square . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti mana yang dikehendaki . Kejohanan kali ini telah disertai oleh 20 syarikat :) Dan syarikat di mana saya menjalani Latihan Industri adalah salah sebuah yang menyertainya . MATA ? Apa ehhh ? Dah lupa semalam Dinie bagitahu . Maaf ! Tak boleh nak perjelaskan lagi apa itu MATA .
Syarikat kami iaitu MNZ Consulting Sdn Bhd telah menghantar dua kumpulan bagi kejohanan kali ini . Alhamdulillah keputusan tidak mengecewakan . Daripada 20 syarikat yang bertanding kami telah mendapat tempat ke 9 . Syukur . Tahniah untuk semua pemain dan semua staff yang telah datang untuk support staff yang main semalam . Wahhh , perasan tak ayat nie ! PERASAN TAK ? Ayat macam ayat boss ohhh . HAHAHA . Supporter dari MNZ Consulting memang sangat ramai dan paling ramai semalam . Bangga bos dengan kami semua tau :D 
Ini baru sikit nie gambar yang ada nie . Nanti kita update lagi tau gambar yang lain . Semua gambar ada kat abang Razif dengan Encik Najib je hahhh . Nie gambar before pergi semalam . Saja je nak mengade bergambar dengan trainee lain :)
- Budak kecik baru balik sekolah tabika -

- with Adinie -

- With Adinie jugak - 
* Something special with her *

- Kami lagi -


- Adinie , Kak Faiz dan Amalina -

Untuk gambar yang lebih menarik nanti akan diupdate lagi :) Harap bersabar dan terus bersabar yea . Terima kasih .

Pulut + Durian

Hey semua :)

Hahhh , bercerita pasal benda nie kan ? Ohhhh , dah lama mengidam nak makan durian nie tau .Tapi selalu tak dapat makan bila nak :'( Telan air liur je bila tengok durian punya gambar . Sedih sangat ohh . Kalau mintak kat ibu pon mesti ibu akan cakap macam nie "masa musim durian tanak makan , bila dah takde baru nak sibuk teringin semua" . Ya Allah , sedihnya kan ? Mujur bukan pregnant tau . 

Semalam masa lunch ada orang cina nie jual durian . Wahhh , pikir nak beli tapi lepas kerja nak pergi main boling . Pastu tumpang orang lain pulak kan . So better NO NO NO dan NO :') Lepas balik dari main boling semalam , balik rumah bukak pintu dan cakap dalam hati "Wahhh , bau durian . Tapi ada ke bahagian aku nie kan ?" Mandi semua then nak tidur lah nie . Sekali Kak Ann masuk bilik then cakap "tanak makan dulu ke ? Abang Zairee ada belikan durian tadi." Woowwwww , ada durian untuk saya ! SERONOK ! 

Dengan badan yang sangat letih lepas balik tue , tengok jam dah pukul 2 pagi , jawab kat Kak Ann "Takpelah , esok Eija makan lah durian tue . Penat."

Then tadi bangun tidur mandi semua terus pergi dapur ambik pulut then makan durian . Wowwww , PUAS ! PUAS HATI SANGAT ! Kenyang durian hari nie tau ! SEDAP WOWWW ! Fuhhhh , tak tahu nak gambarkan macam mana . Makan pulut dengan durian plus air garam dengan gula ! Pergggghhhh , sedap . Style lah rasa dapat makan nie .

- Sangat super kan ? - 

Kebetulan kot sekarang harga durian sangat rendah dan sangat dan tersangat murah . This durian Abang Zairee beli dekat Selayang dan harga dia hanya  RM1 sebiji . Murahkan ? Masa takde durian kemain harga jual pakai kilo . Ini bila dah ada melimpah ruah harga macam nie lah gayanya . 

Alhamdulillah sekarang kenyang dengan makan durian sahaja . Demam nanti kalau makan banyak ? Ohhhh tak peduli sebab kepuasan hati dapat rasa bila makan durian dengan kuantiti yang banyak macam nie tahu ! 

AYUNI trending di Twitter

Hai semua orang . 

Ehhhh , apa orang kecoh - kecoh pasal Ayuni nie kan ? Ehhhh , semalam tak online pon so tak tahu lah pasal si Ayuni nie hahh . Boleh tahan ehhh budak nie ! Macam apa je kan die . Tak sedar dek untung . Dah duduk kat Malaysia tak nak mengaku pulak  . Nak moved pulak to Korea kan ? Kononnyalah kan --'

- Ini daripada penulisan Ayuni di blog dia -

Ehhhh , lepas tue nie ada bukak kat twitter hahhh . OMG ! OMG ! OMG ! Penuh kau nama dia kat twitter . Basak nak baca semua cerita dia . Now dah popular kan . Senang je nak terkenal kan . Buat gempak sikit dah boleh naik ! Popular kau dik .

- Tengok ! Nama Ayuni saja hahh kat twitter nie -

- Sekejap je dah popular -

- Best name is Ayuni rite now -

- Pandai dia angkat nama dia sendiri -

To Adik Ayuni : wish you have the best life at planet Matoki and even you don't know Malaysia pon takpe . Orang Malaysia tak akan rugi pon bila takde orang macam awak kat Malaysia nie yea adik :) Harap maklum . Pergilah duduk dekat Korea sana yang aman dan sangat sentosa nuhh okey . Byebye Ayuni :D

Friday, November 23, 2012

Universal Studio Singapore

Salam Jumaat semua :) 

Hahhhh , tetibe tengah rehat sambil dengar lagu This is love from Will I Am nie teringat pulak tetibe nak pergi Universal Studio Singapore . HAHAHA :) Takde sangkut paut pon actually lagu tue dengar Universal Studio nie . Tapi entah tetibe je rasa nak pergi . Sebab ? Sebab ? Bestlah ! Suka travel . Suka holiday . Tapi disebabkan duit tak berapa cukup lepas ketiadaan abah , semangat nak pergi jalan pon dah kurang . Dah rasa tak nikmat :'(

Sape tak nak pergi Singapore ? Meh sini nak kerat jari die . Ishhhh , best kot . Enjoy gila ! Yess , memang nak pergi sana kena guna duit yang sangat banyak untuk belanja tapi insyaAllah cukup lah bajet yang kita - kita nie ada . Ohhh , lambatnya nak keje kan ? Kalau kerja mean dah ada duit sendiri dah ada semua sendiri mesti boleh pergi mana - mana pon boleh . Sebab semua dah sendiri punya kan . TIADA HALANGAN ! Lalalalala :D Sukenya . Malangnya masa tue maybe akan datang untuk 6 atau 7 tahun lagi . Isshhhh , lamakan ? Nak buat macam mana . Sekarang baru 20tahun .


- Singapore -

Satu negara yang kecik dan sangat indah . Wahhh , sape yang tanak pergi tadi ? Mesti nak pergi lepas tengok indahnya Singapore . Nak pergi jugak :'( Tahniahlah kepada sesiapa yang dah pernah pergi dan bakal pergi nanti yea . Nak ikut jugak boleh ? *tak malu* Bilalah dapat pergi tempat nie ehhh . Tapi ini Singapore bukan salah satu tempat idaman untuk honeymoon tau ! BUKAN ! Sekali lagi BUKAN ! Bukan demand ke apa . Tapi tempat nie tak syok kot pergi honeymoon sebab tempat nie terlalu enjoy . Dan tempat nie jugak memang tempat yang sesuai untuk saya enjoy ! ENJOY okey :)

Wahhhh , UNIVERSAL STUDIO ! Mesti sayalah orang yang paling happy dalam dunia nie bila dapat pergi sana . Sangat seronok ! Enjoy gila - gila lah . Bak kata Afiq biey saya tue seronok gila vavi lah kan . Ohhhhhh , terima kasih sangat kalau ada yang sanggup bawak saya datang sini . Suke - suke ! Sangat suke !


- Universal Studio -


- Cantiknya - 

- Hey ! Favourite -

- Hey crush ku ELMO ! - 
*bila boleh jumpe ELMO depan - depan nie :'( *

- Prince Shrek  -

- sangat cantik -

- Indahnya bumi ciptaan Tuhan -

- Sangat seronok dan best -

Thursday, November 22, 2012

Sabtu penuh dengan CINTA :)

Hey Korang .
Hahhhh ! Sabtu penuh dengan cinta ? Apa erk ? Berbunga - bunga je title post kali nie kan ? Tapi sebenarnya just nak cerita pasal DATING !!!! Wooowwww , sape tak suke dapat dating kan ? Ce cakap ada ke orang tak suke pergi dating ! Habaq cepat sape tak suke ! Mai nak lempang sekali :P 
Cerita hari Sabtu nie sebenarnya tak menarik pon . Just DATING ! DATING je okey ! DATING ! Bukan apa sangat pon . Yang paling penting dating bawak bekal . Hahhh ? Bawak bekal ? Mesti korang cakap "Wahhh , mesti dieorg takde duit kan nak makan kat luar ?" Actually bukan sebab takde duit ke ape okey yang bawak bekal nie . Bawak bekal nie disebabkan Afiq okey Afiq si Boyfrengg kita nie minat roti + sosej + sambal telur yang kita buat . So itulah sebabnya bawak bekal . Sebenarnya benda nie je saya bawak . Bukan benda lain pon lah . Ini je hahh . 
Lepas pergi dating kiteorg bajet nak pergi makan beradap dekat McD Teluk Cempedak tue hahh . Tapi last - last tak jadi jugak . Nak tahu ke sebab apa tak jadi ? Nak tahu ? Sebab kami tengok jam gerak cepat sangat . Jam nie macam dengki je dengan kiteorg nak makan beradap sampai jarum die bergerak terlalu cepat . Last - last kami Drive Thru je kat McD . Yang penting McD jugak okey . Lepas tue terus je nak balik dah . Hurmmmm , nak balik dah ? Sekejapnya rasa :'( Lambat lagi boleh jumpa . Sedihnya lah . Sabar jelah .
Nak lepak lagi lama dengan Afiq . Macam mana nie ? Hurmmm , dengan harapan ajakan untuk ke Air Terjun dipersetujui olehnya jelah . Sebelum balik dia pon bagitahu yang dia boleh ikut ke Air Terjun . Ohhhh , rasa nak melompat ehhhh . Asik - asik (seronok yang teramat seronok tahu). Bestnyalah boleh lepak lagi dengan dia sebelum pukul 9.30 pagi Ahad . Lepas tue saya terus balik rumah . Sampai kat rumah adik dah siap - siap dah barang dia nak pergi Air Terjun . 
Afiq lewat ! Hurmmmm , adik puas dah tawaf dalam rumah . Kesian dia . Afiq sampai pukul 5 . Kami terus pergi Air Terjun with lagi sorang iaitu cousin saya Angah . Sampai depan tempat orang tunggu nak bagi tiket masuk . Usha sikit budak - budak dekat situ dapatlah masuk FREE okey ! FREE tau :) Lepas pergi lah bawak Adik mandi . Lepaslah jugak hajat dia nak mandi kat Air Terjun . Afiq dengan Adik je yang mandi . Saya dan Angah hanya menonton sahaja . 
Kat bawah nie adalah sikit gambar untuk mencuci mata korang untuk post saya kali ini . Alhamdulillah . We enjoy our picnic . 
- With him -

- Dia -

- KAMI -

- Muka nak kaki boleh rasanya masa  nie -

- Ohhhh , maaf bergegar gambar nie sebab kami tgh selok -

- Muka nak kaki tangan naik -

- Dia dengan Adik -

- This our photographer yang tak di iktiraf oleh mana - mana pihak -

- Terima kasih lah Biey tangkapkan gambar kami -

- BAJET -

- Takde MOTIF tapi suka hati lah nak upload ! Blog saya hak saya -

Copyright© All Rights Reserved by cintaakuadalahdia.blogspot.com