Alhamdulillah masih ada sedikit masa untuk menaip di ruangan ini . Semua cerita di dalam ini adalah isi hati saya yang saya sorang je tahu dan sekarang saya sedang beri tahu kepada orang ramai :)

Friday, August 26, 2011

ape punya entry nie ?

Takde yang menarik pun raya aku tahun nie . Semua nampak mcm suram je . ( Salah kot sangkaan aku ) Alhamdulillah sangkaan aku kurang tepat . Kemeriahan raya tahun nie boleh tahan sebab aku berasa balik kampung , dengar lagu raya , main mercun dengan family , kemas rumah , cat rumah dan macam macam benda lagi lah . HAHA :) seronok aku satu lagi sebab aku dapat pergi kubur arwah abah masa raya pertama . tu yang aku nak sangat selama nie . tapi alhamdulillah ibu sangat sangat mengerti perasaan aku nie . Terima Kasih ibu ~~ Aku last kelas 25 Ogos 2011 tapi aku balik rumah 26hb tue . aku g berbuka hari terakhir ngn Cik Nor kat Esplanet Tanjung Api .Sham beria nak belanja semua orang tp semua tanak ekot . Naz kuar ngn Eijam , Eika ntah kenapa dan Zira kuar ngn Shahir . So yang kuar masa tue cuma aku , Cik Nor , Sham ngn Ami je . Best jugak lah berbuka kat sana . BERGEMBIRALAH kami semua ^_^ 26 tu aku kena tunggu si sepupu aku yang dari Dungun lak . Aduhai , spoiled mood saja kamu . Saya mau pulang cepatlah . Takpe takpe saba kan separuh dari iman . lalalala :) Lastlast ibu ambik aku dlu then baru pergi ambik si sepupu bertuah itu . Aduhai . JALAN SESAK !!! Ceh , mane nak sampai awal kat rumah kalau mcm nie ? hmmm , selok nak balik rumah tp terlambat ~~

Thursday, August 18, 2011

owh ~~ berbuka bersama RAKAN KELAS !!!

OMG , OMG !!! Kami berlima dijemput ke Majlis Berbuka Puasa bersama Rakan Kelas :) Waw , dengar macam menarik perhatian je kan ? Tapi korang yg baca blog aku nieh mesti tak tau kenapa aku cakap mcm nieh . Ini semua program dirancangkan bagi :

1 . kembalikan hubungan yang renggang antara kami pulih seperti sedia kala ^__^
2 . nak meyatupadukan kami semua :)
3 . mungkin mereka semua nak sakitkan hati kami !!
4 . korang pikir lah sendiri pulak ~~

Perkara yang ke - 3 disebut kerana kami dapat merasakan jika kami pergi berbuka bersama mereka , kami akan dilayan sama seperti kami tiada di situ . Kami dapat rasa ini semua sebab kami dah dapat baca fikiran mereka . Tengok dalam kelas sudah lah ~~ kami dipinggirkan begitu sahaja . Kami tak kisah sebab dalam POLISAS je . Tapi bila luar je dari POLISAS kami akan menjadi lebih berhati - hati . Kami sekarang dah lebih alert dengan perangai korang tue . Sorie thoo said yea kawan - kawan :)

Kami memang pergi ke padang hari tue . Dalam hati kami memang ada lah sikit simpan rasa simpati terhadap korang tapi kami tak boleh bla lah dengan korang semua ~ tak boleh nak ngam dengan korang semua . Kami sampai padang dah lewat . Kami beli makanan . Tiba - tiba azan berkumandang . Masa otw tue aku memang ada contact dengan Mira dan Wanie . Bila sampai sana , dah nak azan try call Wanie . Dieorag ada dah dekat padang . Dah gtau pon tempat dieorg . Kami sorielah korang kami MEMANG TAK NAMPAK ~~

Kami pergi dengan orang so kami memang tak boleh nak ikut kepala kami . Suka hati nak duduk kt padang tue lama - lama kan . Sorie lah :( Kami tak bermaksud pun . Kami sambil berbuka datang Mek dengan Sya ajak kami join Budak Kelas :) Seronoklah jugka sebab still ada orang ingat kat kitaorg . Tapi sayang bila kami pergi kt sana KAMI MEMANG MACAM TAK WUJUD :( percayalah . Korang akan sedih bila korang kat tempat kami .

Benda yang kami sangka akan berlaku memang sebenarnya berlaku . Kami paham ~~ kami tak kisah lah korang nak buat mcm mana pon kt kami . Cuba korang yang baca blog nie dan tolong bayangkan . Kalaulah kami bersama Budak Kelas dari azan berkemundang hingga ke saat itu , macam mana dieorang layan kami ? Korang bayangkan lah ~~ aku rasa ada antara korang yang menangis kan !! Takpe . Kami sanggup *_* sebab tue kami pergi kat Budak Kelas :)

Bila kami dengan Budak Kelas cuma yang tegur kami tau sape ?? Mira jelah yang tegur kami . Mira je yang layan kami . Semua orang just buat muka bangang je bila tengok kami kat situ . Mira jelah yang ajak kami bergambar . Ajak kami makan big apple yang dieorag beli . Semuanya Mira jelah . Mira je kot yang ada hati kat situ . Cubalah korang bayangkan perasan kami masa tue . Kebetulan Sham ada . Sham sebagai alasan kami nak pergi jauh jauh dan jauh dari dieorang .

Kebetulan masa kami otw ke Masjid kami terserempak dengan sekelian budak lelaki kelas kami . Muka dieorang sikit pon tak senyum . Semua buat muka marah . FINE !! Kami tak salah tapi kami tetap anggap korang kawan walaupon korang buat muka macam **** sekali pon . Kami dah masak dengan perangai korang . Kami bukan apaapa sangat kan ~~ Dah tau lama dah .

Then , masa kami pulak untuk bergembira berlima .

~ di padang MPK ~


~ sebelum pulang ~
  
Sebelum kami pulang ke rumah , kami pergi ke Teluk Cempadak dulu .
buat macam mane driver nak bawak kan .
So kami ikut jelah .
 Kami anak - anak yang baik kan ~~ nieh kami die sana :)

:: kipas itu penting ::

Kebetulan masa kami pergi Teluk Cempedak tue terjumpa dengan Tuan rumah Sewa kami .
Kami pun culik anak dieorang buat maen dan bergamba bersama kami semua ^__^










Sorie ~~ byebyebye .
Kami ada banyak benda lagi nak pikir selain pikir korang semua nie oke !!
Selamat Tido :)
~~ Having a good dreaming dear ~~

Wednesday, August 10, 2011

MACAM SUSAH NAK PERCAYA JE ):

YA ALLAH terkejut aku tiba - tiba kat fon aku nie naik name Nomie . Memang terkejot sangat - sangat lagi bila Nomie cakap mak dari kawan kami Nurul Hafizah meninggal . Ya Allah aku tertanya - tanya betul ke tak . Aku memang langsung tak percaya . Sebab mak tak sakit . Mak sihat je sebelum nie . Memang tak sangka sangat pemergiaan mak Fizah nie . Susah nak percaya . tapi bila call abah sendiri baru tahu . itulah kenyataannya . 9 Ogos 2011 . Takziah buat keluarga Fizah .

Aku terus call Mira sebab Mira je boleh tolong aku pergi kat rumah Fizah . Tapi Mira cakap takde orang nak hantar . Aku try call Ama . Ama cakap die dalam kelas apa - apa die text balik . Hmmm , lama pada tue die mesej aku . Then , die cakap mak die boleh hantar kami balik semula . Alhamdulillah . aku cakap kat Mira apa - apa tue then Mira gerak dari POLISAS . Aku tunggu kat rumah sewa . Sampai kt terminal , cari bas ke Chini dah takde . Kami naik bas ke Muadzam pulak . Sampai kat simpang Chini , abah Mira ambik hantar kami kt rumah Ama . Sampai depan rumah Ama , terus azan . Kami berbuka kat rumah Ama . Lepas maghrib mak ngn ayah Ama bawak kami pergi ziarah arwah .

YA ALLAH , aku memang tak boleh tahan menangis masa aku jumpa Fizah . Aku sempat tengok muka mak . Ya Allah , tak sangkanya pemergiaan mak . Dulu masa duduk kt hostel , mak selalu masak makanan untuk kami . Kalau pergi rumah Fizah , mak masak untuk kami . Mak baik . Mak buat baju untuk aku dulu . Sedih bila tengok mak . tapi alhamdulillah mak meniggal bulan Ramadhan . Semoga Allah permudahkan segalanya .

Nurul Hafizah , awak kena tabah . awak kuat kan . awak kuat dari orang . Awak boleh tempuh segalanya . Orang hilang abah sekelip mata . Awak hilang mak . Kita yang hidup nie teruskanlah hidup . Yang penting kita sedekahkan apa yang patut untuk arrwah . InsyaALLAH mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh .

Ya Allah , kau kuatkanlah hati Nurul Hafizah dan keluarganya . Amin .
Al - Fatihah ~~

Sunday, August 7, 2011

tanpa aku sedar =,=

YA ALLAH  rupanya dah setahun arwah abah di sana . TAK SANGKA . Sekejap masa berlalu . Pemergiannya tak terasa . Setahun mcm semalam je . Walaupon dah setahun arwah abah pergi meniggalkan kami , tapi masih ada yang tidak tahu mengenai berita pemergiaannya . Sehari sebelum setahun pemergiaan abah , ada seorang kawan abah call nak cakap ngn abah . Tersentuh hati rasa sebab still ada orang yang tak tau abah dah pergi . Pakcik yang call tue ada cakap die baru tergerak hati nak call sebab masa arwah abah ada dulu arwah selalu call die bila bulan puasa macam sekarang nieh .

Yelah bukan apa sebab arwah abah nie masa bulan Ramadhan nieh die banyak sangat nak buat event berbuka puasa ngn kawan - kawan die . Dieorang semua nie cari merata tempat lah untuk berbuka nie . Jauh pon tak kira yang penting boleh pergi ramai - ramai dengan family and kawan - kawan .

Kebaikan abah tak boleh gantilah dengan orang lain . Abah terbaik dah untuk kami semua . "Abah baik tapi kenapa ALLAH ambil terlalu cepat" aku tanya ibu . Ibu jawab "orang - orang yang baik nie mmg tak akan ada masa yang pnjang untuk kita ALLAH lebih sayangkan die"

KEBAIKAN ABAH MEMANG TIADA TANDINGAN :)
Copyright© All Rights Reserved by cintaakuadalahdia.blogspot.com