Ooouuuhhhh....da ramai da orang wish . tp Nur Diyana tak wish pon lagi . maybe die sibuk kot . saya paham . takpe lah nana . walaupon kau tak wish birthday aku , kau still kawan aku sampai hujung nyawa ok . tiada apa yaang dapat pisahkan persahabatan kita kecuali diri kita dan kematian sahaja .
Aku balik dari kelas tadi Nadia ckp "eja ada hadiah untuk awk . tergantung kt depan bilik ." Saya pon tak tahu siapa gerangan yang bagi . Dah lama cikit baru saya tahu yang bagi saya itu hadiah adalah Nur Nabilah Nasyitah . still ingat saya ke ? owh , thank you untuk awak Biela .
Asri ? mana kau ? Dulu kau yang paling besh kalau bab kenakan orang time birthday . Ada dia nie pagi2 ada je orang pnye birthday mesti die baca doa untuk orang . Sekarang , mana die ? Argghh !! Kau dah lupa kawan yea . tak kisah lah itu hal . Tak makan hati pon .
Paling kecewa bila orang yang saya sayang lupe birthday saya . Kecewa sangat lah . Nmpak sangat die tak sayang awak lah eja . Awk jgn nak perasan sangat . Tak perlulah awak syok sendiri . Takpe lah . Mungkin die bukan milik aku dan takkan jadi milik aku lah . Eja stop dreaming please !!!!!!!!!
hmmmm , ibu orang mula - mula wish . Sedih jugak dengar ibu cakap semalam . tapi insyaAllah ibu along boleh buat apa yang ibu harapkan tu .
Tiba - tiba aku mula lah teringat kat arwah abah aku . Abah , terima kasih untuk selama ini . Lain sangat hidup tanpa abah . Selalu bila time macam ni mesti abah yang sediakan segala -galanya untuk anak - anak abah . Abah kan abah yang terbaik untuk kita orang . abah sekali lagi orang mintak maaf atas segala kesilapan orang terhadap abah . Banyak juga orang sakitkan hati abah . Orang terkilan sebab saat akhir abah , abah suruh orang beli buah orang bersikap kurang ajar walaupon orang buat jugak . Abah , orang mintak maaf sangat - sangat . Orang tak nak jadi anak derhaka . Orang pon ada terlepas cakap dekat ibu , orang cakap kat ibu kalau abah takde pon takpe tapi sebenarnya tak boleh kalau abah takde . Rindu abah sangat - sangat . Rindu kenangan dengan abah dulu - dulu . Kalau merajuk dengan abah time paling best sekali . Abah mesti pujuk dengan cara bawak kami semua keluar makan and bawak kami g shopping . abah faham sangat anak - anak abah kuat shopping . Rindunya saat - saat manis tu .
No comments:
Post a Comment
Hey you all :)
dah baca kan ? so ape lagi .
Komen , pendapat or nak share jugak yang korang pon boleh .
Thengs cantik dan kacak !