Alhamdulillah masih ada sedikit masa untuk menaip di ruangan ini . Semua cerita di dalam ini adalah isi hati saya yang saya sorang je tahu dan sekarang saya sedang beri tahu kepada orang ramai :)

Sunday, October 7, 2012

Mandi Wap


Tadi pagi Pak long keluar then balik bawak lah balik newspaper . Then tertengoklah kat newspaper pasal Mandi Wap . Before this tahu pasal khasiat mandi wap je . Tak tahu pulak pasal sebaliknya . Okey , kalau diikutkan khasiat mandi wap nie memang lah bagus kan . Pernah jugak dulu try dua tiga kali sebab kat rumah dulu ada beli jugak . Tapi yang biasa jelah . Bukanlah yang macam kat spa spa tue hahhh . Macam yang kat bawah nie je kat rumah dulu . 

- Inilah tempat mandi wap yang kami sekeluarga ada dulu -

Bahan  - bahan yang kami guna masa nie just guna serai wangi , pandan , timun dengan apa ntah lagi  . Dah lupa . Tapi memang ingat serai wangi sebab saya yang pergi cari serai tue kat rumah orang . Sebab nak mandi wap . Sanggup lakukan apa saja . HAHAHA :')

- Serai wangi dan pandan -

Actually mandi wap nie memang best . Sangat tenang rasa after mandi wap nie . Rasa ringan je badan lepas tue . Tengoklah khasiat die kan . Khasiat mandi wap nie banyak sebenarnya . Mandi wap nie memberi kesan kepada tubuh kerana wap akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ yang memberi kesan positif . Hal ini akan menjadikan darah mudah mengalir . Lepas tue kesan - kesan panas semasa mandi wap juga telah membuatkan otot - otot kita berasa lega . 

Hahhhh , berbalik pada kisah dalam Kosmo hari nie kan . Rupa - rupanya mandi wap ini sangat bahaya bagi kaum lelaki . Ramai orang tidak sedar yang amalan mandi sauna atau mandi wap nie dapat menjejaskan kesuburan sperma . Maknanya ia boleh menjadikan seseorang lelaki mandul disebabkan perkara ini . 


- Berita Kosmo hari nie -

Seorang pakar kesuburan lelaki telah mendakwa yang pada masa kini mandi wap telah menjadi kegilaan golongan lelaki di bandar - bandar selepas bersenam di gimnasium . Perkara ini boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka . 

Lebih menggerunkan , statsitik perubatan membuktikan kira - kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh  wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki . Dr. Eeson Sinthamoney berkata , rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 hingga 100 darjah celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi . 

Just berkongsi . Bye - bye . Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Hey you all :)
dah baca kan ? so ape lagi .
Komen , pendapat or nak share jugak yang korang pon boleh .
Thengs cantik dan kacak !

Copyright© All Rights Reserved by cintaakuadalahdia.blogspot.com