((: SAYA CINTA DAN SAYANG SANGAT SAMA BELIAU :))
(: saya bersama ibu saya :) |
Semakin menganjak dewasa , semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam hidup . Ketika ini anak - anak muda seperti saya menyedari bahawa ibu adalah segalanya . Ibu jugak adalah teman berbicara paling setia . Saya tahu saya perlu cuba untuk luahkan apa yang tersimpan dalam hati kepada ibu saya . Dan saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang boleh menjadi ibu yang baik dan menjadi pendengar yang setia . Semua keluhan , kegembiraan , kenangan dan memori dapat dikongsi bersama . Tiada satu pun rahsia yang tersimpan antara kami berdua . Luahan hati perlu ada antara ibu dan anak - anak . TERIMA KASIH ibu atas segala pengorbanan yang telah ibu berikan pada saya .
^__^ opah sayang :)
Ini buad ibu saya : Cinta buad IBU :))
Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cintaDitempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu.
Mengasihimu ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian melemah
Dek keringnya dari siraman cintamu.
Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendedangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cume seketika
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat.
Indahnya kasih itu
Apabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini.
No comments:
Post a Comment
Hey you all :)
dah baca kan ? so ape lagi .
Komen , pendapat or nak share jugak yang korang pon boleh .
Thengs cantik dan kacak !